Blog T'baik CapAyam D M'sia!

Wujudkan Penerbangan Dengan Pramugari Berbikini, Pemilik Bakal Jadi Billionaire

Hadir dengan konsep berbeza, penerbangan VietJet yang sebelum ini pernah mendapat perhatian kerana ‘menghidangkan’ pramugari yang hanya berbikini untuk destinasi yang mempunyai pantai, kini pemiliknya yang juga seorang wanita, bakal menjadi seorang billionaire.
Apa yang menarik adalah cerita di sebalik kejayaan wanita ini yang berjaya merubah kehidupannya seawal usia 20-an. Nguyen Thi Phuong Thao sebenarnya telah pun bergelar jutawan pada umur 21 tahun hasil menjual mesin faks dan juga getah lateks – ketika sedang menjalani pengajian kewangan dan ekonomi di Moscow
Nguyen Thi Phuong Thao
Thao yang kini berusia 45 tahun, menjelaskan bahawa kini syarikat penerbangannya bajetnya yang memberikan servis istimewa tersebut telah membuka sehingga 47 laluan di Vietnam dan juga beberapa destinasi Asia yang lain seperti Seoul, Bangkok and Singapura.
Selai tu, Thao juga bakal menjadi wanita pertama di Vietnam yang memegang status billionaire dengan nilai melebihi RM3.91 billion malah dia juga dilaporkan turut memegang 90% saham syarikat penerbangan yang mula beroperasi pada tahun 2014 tersebut.
Hadir dengan idea yang berani, syarikat penerbangan VietJet seterusnya mula mendapat perhatian media antarabangsa - Vitdaily
Foto selanjutnya di sini
Tag : Informasi
0 Komentar untuk "Wujudkan Penerbangan Dengan Pramugari Berbikini, Pemilik Bakal Jadi Billionaire"

Back To Top