Blog T'baik CapAyam D M'sia!

Go Girl – Alat Untuk Wanita Kencing Berdiri Cara Mengguna


Tak tahulah sama ada wanita di negara ini akan menerima atau meluat dengan ciptaan yang dinamakan sebagai Go Girl yang dilancarkan di Amerika Syarikat sejak 2009.

Ia bertujuan memudahkan wanita untuk kencing sambil berdiri yakni satu ‘kelebihan’ yang selama ini hanya dimiliki oleh kaum lelaki.

Pengeluar produk berkenaan mendakwa, Go Girl sesuai untuk wanita yang melakukan aktiviti lasak seperti memanjat gunung atau berkhemah di luar.

Ia juga sesuai digunakan di tandas yang mungkin terlalu kotor dan wanita tak lalu hendak duduk, dakwa pengeluar berkenaan.

Bersaiz kecil, alat berkenaan dikatakan mudah untuk dibawa ke mana-mana dan boleh diletakan dalam poket sekali pun. Ia boleh dibasuh dan digunakan semula.

Antara kelebihan Go Girl menurut pengeluarnya ialah pengguna hanya perlu membuka zip seluar sahaja (tak pakai seluar dalam kot) berbanding keperluan menanggalkan seluruh seluar.

Harga dalam talian bagi produk itu bermula dari harga 13 Dollar AS satu. – MYNEWSHUB


0 Komentar untuk "Go Girl – Alat Untuk Wanita Kencing Berdiri Cara Mengguna"

Back To Top