PETALING JAYA - Seorang doktor warganegara Malaysia yang bekerja di Britain mengaku bersalah atas tuduhan membuat rakaman terhadap 1,000 orang tanpa pengetahuan mereka menggunakan kamera tersembunyi di tempat awam, tandas dan juga dirumahnya.
Memetik laporan dari BBC, Yeoh Lam Hoe, mengaku bersalah atas tujuh tuduhan mengintai, enam tuduhan membuat gambar lucah kanak-kanak dan satu tuduhan memiliki bahan pornografi melampau di Mahkamah Croydon Court selepas ditahan pada April di hospital St Anthony, North Cheam, Surrey.
Menurut laporan, Yeoh telah didakwa membuat rakaman secara senyap terhadap 1,000 orang menggunakan kamera tersembunyi di 'pendrives' dan jam. Yeoh juga didakwa merakam video pendek di sebuah tandas di klinik Nottingham, di atas keretapi dan juga di rumahnya dalam satu majlis.
Jenayah Yeoh terungkai setelah salah satu alat perakamnya terjatuh di sebuah tandas di hospital St. Anthony. Alat tersebut kemudiannya dijumpai oleh rakan sekerja Yeoh. Rakan Yeoh kemudian membuka memori alat perakam berkenaan dan terkejut setelah melihat salah satu rakaman yang memaparkan aksi Yeoh sedang memasang alat terbabit di dalam tandas tersebut. -Siakapkeli.com.my
Tag :
Isu Semasa
0 Komentar untuk "Kantoi! Doktor Warganegara Malaysia Rakam Lebih 1,000 Video Luc@h !"