Blog T'baik CapAyam D M'sia!

Saya Memang Belum Bertudung – Amelina

Kemunculan kembali Amelina baru-baru ini ternyata menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, selama ini Ratu Dangdut ini telah menyepikan diri selama 15 tahun. Namun ada juga yang tertanya-tanya ke mana perginya tudung yang dipakai oleh Amelina sebelum ini. Ramai yang beranggapan Amelina sudah berhijrah namun penampilan terbarunya tanpa tudung ternyata menimbulkan pelbagai spekulasi.
amelina
Amelina sebelum ini dilihat dengan imej bertudung ketika kontroversi rumah yang didiaminya. Menerusi Harian Metro hari ini, Amelina menjelaskan yang dirinya memang tidak pernah bertudung. Kata Amelina:-
Hakikatnya saya memang belum bertudung lagi. Saya tak mahu isu bertudung atau hal peribadi dijadikan bahan untuk publisiti atau disalahertikan kononnya untuk meraih simpati.
Pada usia begini, tak perlu saya berpura-pura dengan bertudung semata-mata untuk meraih perhatian orang. Yang lebih penting setiap tindakan kita perlu seiring dengan niat dan hati yang ikhlas.
Tapi saya tak nafikan perlu jadi kuat dan cekal untuk menghadapi perubahan dunia hiburan hari ini terutamanya dalam era media sosial yang laju dan meluas
amelina
Diharap semua pihak kini memahami penjelasan Amelina ini. Abang Nara tak sabar nak mendengar lagu terbaru dari Ratu Dangdut ini yang dikatakan bakal dicipta oleh Ajai. Pasti meletop!!! Buat para peminat Amelina, boleh ikuti perkembangan terbaru penyanyi ini di Instagram AmelinaOfficial. Sumber
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Saya Memang Belum Bertudung – Amelina"

Back To Top