Blog T'baik CapAyam D M'sia!

Ieda Moin Bercerai Hari Ini, Tak Setuju Bayaran Nafkah Anak

84

Nampaknya bukan ikatan perkahwinan pelakon Sari Yanti sahaja yang terlerai, tetapi juga Ieda Moin, 35, dan suaminya, Mohamad Naquib Idris, 35.
Mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.
Menerusi laporan akhbar tempatan, lafaz tersebut dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor.
Pasangan itu sudah mendirikan rumahtangga sejak lapan tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia enam tahun.
Ieda mengakui dia dan suaminya sudah tidak tinggal sebumbung sejak dua bulan lalu akibat kemelut di antara mereka.
Khabarnya, pelakon itu telah diarahkan untuk memfailkan tuntutan nafkah di Mahkamah Tinggi Syariah selepas dia tidak setuju dengan jumlah nafkah bulanan anak yang mahu dibayar oleh bekas suaminya iaitu sebanyak RM800.
Diharapkan agar kedua-duanya dapat menyelesaikan isu tersebut dengan penuh baik selepas ini.
Kalau tidak, asyik kena turun naik mahkamahlah jawabnya… -MYNEWSHUB.CC

Oleh: ELZA
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Ieda Moin Bercerai Hari Ini, Tak Setuju Bayaran Nafkah Anak"

Back To Top