Bintik hitam atau dikenali sebagai “Black head” menjadi suatu masalah kepada seseorang yang mempunyai bintik hitam di wajah nya. Keadaan tersebut menyebabkan seseorang hilang keyakinan dan merasa tidak selesa. Bintik hitam terjadi kerana terapat liang-liang pori yang tersumbat yang disebabkan oleh debu, kosmetik dan kotoran yang tidak dibersihkan dengan betul. Antara tips yang boleh digunakan untuk menghilangkan bintik hitam adalah:
Menggunakan krim penghilang pori
Krim kecantikan seperti pore cleanser senang diperolehi di kedai-kedai yang berhampiran. Pastikan anda membeli pembersih pori yang tulen bukan tiruan untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak di ingini.
Menggunakan telur
Rendam sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Kemudian, tampal tisu di di bahagian yang ditumbuhi bintik hitam tersebut. Tanggalkan tisu setelah ia mulai kering. Selepas itu, basuh muka dengan bersih serta menggunakan pencuci muka yang bersesuaian. Anda boleh lakukan petua ini sebanyak dua kali dalam seminggu.
Beras pulut dan kayu manis
Petua tradisional juga berkesan untuk menghilangkan pori di wajah. Caranya, campurkan kulit kayu manis dengan beras pulut. Setelah itu, goreng tanpa menggunakan minyak sehingga ia nampak kekuningan. Cara penggunaannya, kisar lalu gosokkan pada muka dua kali dalam seminggu.
Daun nangka
Cara menggunakan nya adalah dengan melumutkan sehelai daun nangka yang tua dicampurkan dengan sedikit air. Kemudian, setelah siap sapukan pada muka yang dibersihkan. Setelah itu, bersihkan bahagian muka dengan air suam.
Pencuci muka
Gunakan pencuci muka yang bersesuaian untuk anda sebagai langkah penjagaan muka dan mengelakkan pertumbuhan pori. Amalkan dua kali sehari mencuci muka iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.
Selamat mencuba…
sumber
Tag :
Informasi
0 Komentar untuk "MESTI TAHU!! Tips dan petua paling mudah untuk hilangkan bintik-bintik hitam di muka anda"