Blog T'baik CapAyam D M'sia!

Lelaki ‘Kebal’ Sebar Gambar Bogel Bekas Kekasih !!!

Ibarat jatuh ditimpa tangga.
Itu yang berlaku kepada seorang gadis berusia 25 tahun apabila gambar-gambar bogelnya tersebar di laman sosial oleh bekas teman lelakinya.
Ini berikutan apabila mangsa dikatakan memutuskan hubungan cinta mereka sejak dua bulan yang lepas hingga mencetuskan dendam dan berang kepada lelaki tersebut.
KesApa-M
Menurut laporan The Rakyat Post, mangsa, Nor Fathiah Idris, 25 tahun baru sahaja mengetahui perkara tersebut apabila rakannya memaklumkan perkara itu setelah menyedari gambar-gambar Fathiah sedang berkemban memakai tuala tersebar di laman sosial, Facebook pada 2 Disember lalu.
Malangnya, tiada apa mampu dilakukan dan menyekat perkara mengaibkan itu apabila bekas teman lelaki wanita tersebut dikatakan dari keluarga yang terpengaruh.
Perkara itu didakwa oleh ibu mangsa, diberitahu sendiri oleh pihak polis hingga menyebabkan seolah sukar untuk mengambil tindakan.
Lebih parah, gambar bogel tersebut terus menjadi viral di aplikasi permesejan WeChatdengan menggunakan nombor telefon milik Fathiah sendiri.
940_12 (1)
Nor Fathiah Idris, 25 tahun (kanan)
Menurut Fathiah, perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh bekas teman lelaki yang dikenali sebagai Irfan ini menyebabkan dia dan keluarganya terpaksa menanggung malu.
“Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.” ujar Fathiah.
Malah, bekas teman wanita ini turut mengaku lelaki yang pernah dicintainya dahulu pernah terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan beberapa jenayah lain di Johor Bahru.
Ibu Fathiah, Fatimah Ismail, 50, sendiri tidak percaya beberapa anggota polis di balai tempat Fathiah membuat laporan mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah daripada keluarga berpengaruh.
“Saya sungguh terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh anggota tersebut yang seolah-olah mahu mengatakan bahawa lelaki itu kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Irfan didakwa mempunyai abang lelaki yang merupakan exco dalam sebuah parti politik terkenal manakala bapanya pula pemilik sebuah syarikat berkaitan teknologi maklumat. -MYNEWSHUB
VIDEO SAMPINGAN – Lawak Ambil Gambar Bogel, Mesti LIHAT !!!
 
Tag : Isu Semasa
0 Komentar untuk "Lelaki ‘Kebal’ Sebar Gambar Bogel Bekas Kekasih !!!"

Back To Top