Blog T'baik CapAyam D M'sia!

Punca Nora Danish Caj RM1,500- RM3,000 Untuk Review Iklan Di Instagram

nora danish
Perasan tak sekarang ni ramai selebriti mula untuk membuat review iklan di laman Instagram masing-masing. Pada mulanya kami ingat tiada sebarang caj yang dikenakan, tapi jangkaan kami meleset. Nothing is free yo!
Malah, kami agak terkejut apabila membaca harga yang perlu dibayar oleh peniaga kepada selebriti untuk membuat review berkenaan produk mereka.
Menerusi mStar Online, Nora Danish merupakan antara artis yang mengenakan bayaran termahal untuk review iklan, iaitu sekitar RM 1,500 sehingga RM3,000. Wow. Gaji sebulan tu. Huhu.
Screen Shot 2014-12-02 at 11.16.29 AM
Contoh review iklan Nora Danish
Dengan jumlah pengikutnya yang mencecah 1.4 juta orang, bayaran RM1,500 dikenakan bagi tempoh Isnin hingga Jumaat, pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 10 malam sehingga 12 pagi.
Manakala caj sebanyak RM3,000 pula dikenakan untuk tempoh iklan bermula 1 petang hingga 9 malam bagi jumlah hari yang sama dan juga untuk hari Sabtu dan Ahad.
Sementara itu, model muslimah, Felixia Raisyyah Rania pula mengenakan bayaran sekitar RM 2,000, bergantung kepada pakej yang disediakan.
fizo omar
Berbeza pula dengan Fyn Jamal, Nana Mahazan dan juga Fizo Omar, mereka mengenakan bayaran di bawah RM1,000 untuk peniaga yang berminat meletakkan iklan produk di Instagram mereka. Pengikut mereka juga boleh tahan ramai tau.
Jadi, kalau anda sebagai peniaga, selebriti manakah yang anda akan pilih untuk iklankan produk? Yang mempunyai ramai pengikut tapi harganya mahal ataupun jumlah pengikut yang kurang sedikit dengan harga yang jauh lebih murah? OHBULAN.COM
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Punca Nora Danish Caj RM1,500- RM3,000 Untuk Review Iklan Di Instagram"

Back To Top