Blog T'baik CapAyam D M'sia!

Video Ini Akan Buat Anda Jatuh Cinta Pada Thailand !


Thailand memang terkenal dengan video-video yang sangat kreatif dan tidak pernah lekang dengan idea dalam penghasilan iklan yang sangat memberi inspirasi.

Lihat sahaja video-video negara gajah putih sebelum ini yang boleh dikatakan sangat unik seperti kempen anti merokok, amat berkualiti bukan?

Terbaru, sebuah video yang mempromosi Thailand kali ini tidak menekankan tentang pulau-pulau atau bangunan-bangunan bersejarah di Thailand.

Mereka menekankan tentang nilai-nilai murni orang Thailand itu sendiri.

Namun apa yang lebih menarik, tajuk yang diberikan adalah “I Hate Thailand” (Saya Benci Thailand).

Sebuah tajuk yang pasti menarik minat orang ramai untuk melihat video tersebut.

Terbukti apabila video yang dimuat naik pada 18 November ini telah ditonton melebihi 1.8 juta dan kami pasti ianya akan meningkat lebih lagi selepas ini.

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "Video Ini Akan Buat Anda Jatuh Cinta Pada Thailand !"

Back To Top