PETALING JAYA: Bekas peserta program Mentor, Dewi Liana Seriesta menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi gelaran Miss Talent pada pusingan akhir pertandinganMiss World 2014 yang berlangsung di Auditorium Exel, London pada Ahad lalu.
Dewi, 25, memenangi gelaran tersebut selepas menyanyikan lagu berjudul Don Juan Triumphant dari muzikal The Phantom of Opera sekali gus menumpaskan 120 peserta lain pada acara berprestij itu.
Selain Dewi, Ratu Cantik Scotland, Ellie McKeating turut mengadakan persembahan nyanyian namun tumpas di tangan anak jati negeri Sarawak itu.
Dewi ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp berkata, dia tidak menyangka akan dipilih sebagai pemenang Miss Talent 2014 memandangkan peserta lain turut memberikan persaingan hebat namun dia mendedikasikan kemenangan itu untuk seluruh rakyat Malaysia.
Jelas Dewi lagi, dia memilih lagu berkenaan kerana ia cukup mencabar kredibiliti vokalnya dan bersyukur ia disukai oleh juri yang mengadili pertandingan itu.
Dewi (depan) ketika beraksi pada peringkat akhir Miss World 2014 yang diadakan di London.
"Menyanyi di atas pentas dan disaksikan oleh penonton di seluruh dunia cukup mendebarkan tetapi ia adalah pengalaman berbaloi dan akan menjadi memori terbaik sepanjang hidup saya," katanya.
Miss World pada tahun ini menjadi milik peserta negara Afrika Selatan iaitu Rolane Strauss yang juga seorang penuntut perubatan berusia 22 tahun.
Naib juara pula dimenangi oleh negara Hungary, Edina Kulsar manakala Elizabeth Safrit dari Amerika Syarikat mendapat tempat ketiga.
Manakala Dewi hanya berjaya tersenarai sebagai 16 peserta terbaik pertandingan itu.
Sementara itu, peminat Dewi turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah selain menyifatkan kemenangan tersebut bukti rakyat Malaysia mampu menyerlah di peringkat antarabangsa.
Dewi sebelum ini merupakan protege kepada penyanyi Liza Hanim dalam program realiti Mentor musim pertama pada tahun 2010.

0 Komentar untuk "Saat-Saat Manis Dewi Liana (Mentor) Terima Gelaran Miss Talent Pertandingan Miss World 2014 (7 Gambar)"