Hari ini menerusi Harian Metro, timbul pula cerita mendakwa mereka sudah tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu.
Pasangan itu juga dikatakan jarang muncul bersama dalam beberapa acara, sekaligus menimbulkan pertanyaan mengenai status perkahwinan mereka kini.
Senang cerita, ada mulut-mulut yang mendakwa mereka sedang menuju ke ambang perceraian.
Bagaimanapun, Vanidah yang dihubungi meminta agar individu yang membuat dakwaan tersebut pergi ke mahkamah untuk mendapatkan bukti terlebih dahulu.
“Pergi semak (di mahkamah) kalau betul ada fail di sana ya.
“Saya tak ada apa nak sorok (jika benar bercerai). Tapi kami tak perlu dedahkan kehidupan kami kepada masyarakat. Kami senang dengan ruang privasi kami,” katanya.
Hmm, harap-harap betullah hubungan Vanidah dan Rashidi yang dibina sejak 14 tahun lalu itu tidak bermasalah.
Bukan apa, sebab selalunya khabar-khabar angin yang dinafikan oleh para artis akhirnya menjadi kenyataan selepas beberapa ketika…opps! - Mynewshub.cc
Tag :
Hiburan
0 Komentar untuk "Diambang Perceraian?"