Blog T'baik CapAyam D M'sia!

VIP Miang Umpan Yana Samsudin Dengan Kereta Range Rover


RUPANYA ramai lelaki VIP berhidung belang cuba mendekati pelakon wanita tempatan yang cantik dan bergetah dengan pelbagai cara.
Yana Samsudin merupakan salah seorang yang pernah ditawarkan kereta mewah Range Rover bernilai setengah juta oleh seorang VIP, baru-baru ini.
Pengakuan aktres berusia 29 tahun itu menerusi laporan Metro Ahad turut menyebut, pernah ditawarkan wang sebanyak RM30,000 hanya untuk menemani seorang VIP untuk ‘drinking session’. Pergh.. kalau ikutkan tawaran tu, memang boleh gelap mata artis-artis kita ni.
Bagaimanapun maruah Yana lebih mahal daripada itu, apabila dia mengakui menolak ajakan tersebut kerana bimbang sebarang perkara buruk boleh terjadi sekiranya dia menerima pelawaan sang VIP itu.
“Saya menolak tawaran tersebut kerana ia mungkin mempunyai motif lain. Bagaimana jika pil tidur dimasukkan dalam minuman saya ketika itu?” katanya.
Selain Yana, pelakon Miera Liyana juga dikhabarkan pernah cuba didekati golongan sedemikian yang turut menawarkan barang kemas, tas tangan berjenama, jam tangan mewah dan wang berjumlah ribuan ringgit dalam usaha untuk menggoda. –MYNEWSHUB.CC
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "VIP Miang Umpan Yana Samsudin Dengan Kereta Range Rover"

Back To Top